Kuiz Matematik
25 Januari 2020 | Aktiviti TerkiniPada 24 Januari 2020, telah berlangsungnya kuiz matematik bagi pelajar sekolah rendah. Kelas ini telah disertai oleh 2 orang pelajar yang juga merupakan ahli pusat internet yang kerap berkunjung untuk menggunakan komputer. Aktiviti ini telah diadakan di bilik latihan Pusat Internet PPR Seri Semarak selama sejam bermula 11.00 pagi – 12.00 tengah hari.
Aktiviti ini adalah bertujuan untuk mendedahkan peserta dengan teknik e-pembelajaran yang boleh digunakan sebagai salah satu teknik mengulangkaji mata pelajaran di sekolah selepas cuti persekolahan yang baru saja berlalu. Peserta ditayangkan dengan 40 soalan di skrin dan mereka dikehendaki memilih pilihan jawapan yang tepat. Secara tidak langsung, aktiviti ini dapat menguji tahap para peserta dalam subjek Matematik.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: